Pages

03 November 2011

KEM MOTIVASI DAN BIMBINGAN SAHSIAH 2011

Pada 02.11.2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SKAB telah menjalankan satu aktiviti yang melibatkan semua murid, guru dan PPM. Seramai 19 orang murid dan 7 orang guru serta 2 orang PPM yang hadir. Kehadiran murid-murid sangat membanggakan.
Aktiviti ini berlangsung dari jam 1.30 ptg hingga 5 ptg. Solat Zohor dan Asar dilakukan secara berjemaah yang diimamkan oleh Cikgu Firdaus.

Walaupun hari hujan, namun murid-murid masih bersemangat untuk mengikuti aktiviti ini. Kami amat terharu dengan kehadiran mereka.

Terdapat sedikit entri yang dapat kami kongsikan bersama pembaca sekalian....


Bimbingan mengenai bacaan niat solat


Guru menunjukcara kedudukan kaki apabila menggunakan sejadah


Murid mengambil wuduk dengan bimbingan guru

Solat Asar secara berjemaah di kelas





Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan


Sekian sudah aktiviti Kem Motivasi dan Bimbingan Sahsiah 2011

07 Oktober 2011

BERMAIN LAYANG-LAYANG

Salam ukhwah kepada semua pembaca yang setia mengikuti perkembangan PPKI, Sk Aminuddin Baki. Masih diberi kesempatan untuk kami berkongsi cerita dengan anda semua.

Pada 7 Oktober 2011, murid-murid diberi peluang untuk bermain layang-layang buatan sendiri.Yang diiringi oleh guru Pendidikan Jasmani dan dengan bantuan 2 orang pembantu pengurusan murid. Segala aktiviti dirancang dan dijalankan dengan jayanya. berikut antara entri yang dapat kami muat turunkan untuk tontonan anda semua.


murid-murid sedang beratur mengikut kumpulan masing-masing untuk beredar ke padang sekolah dengan layang-layang masing



sampai dipadang sekolah, guru membuat sedikit senaman memanaskan badan sebelum aktiviti dijalankan


murid-murid bersedia mendengar arahan dari guru...


Salah seorang murid sedang mencuba untuk menaikkan layang-layang yang dibuat nya itu....berjayakah??....


Murid sedang menggulung benang layang-layang yang telah diguna.....


03 Oktober 2011

Karnival Pendidikan Khas 2011


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.. Salam ukhwah dari warga Pendidikan Khas SK Aminuddin Baki, Slim River, Perak.

Pada 26 September 2011 sehingga 30 September 2011 yang lalu, telah diadakan Karnival Pendidikan Khas selama seminggu.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn. Mon Rashidah bt Sulaiman. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan mengenai kelas Pendidikan Khas kepada semua guru dan murid dari aliran perdana sekolah ini.

Sepanjang minggu tersebut pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Di antaranya ialah ceramah trafik dari Pegawai Polis IPD Tg Malim dan pameran yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang kelebihan upaya.

Guru Besar sedang mendaftar sebagai Rakan Cop

Murid diberi peluang naik motosikal Polis Trafik.

Selain itu, terdapat juga aktiviti sampingan yang lain seperti kuiz pagi, pertandingan mewarna, sukaneka, pameran dan jualan hasil kerja murid dengan tema "Membeli Sambil Menderma". Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.

Aktiviti memanaskan badan sebelum sukaneka dijalankan.

Pertandingan mereka pakaian daripada kertas surat khabar

Isi air dalam botol

Majlis penutup Karnival Pendidikan Khas diadakan pada hari Isnin, 3 Oktober 2011. Majlis penyampaian hadiah telah dijalankan pada hari tersebut. Murid-murid yang berjaya dalam acara yang dijalankan menerima hadiah mereka. Kelas Pendidikan Khas juga telah memberikan cenderamata kepada semua guru dan staf yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan minggu Pendidikan Khas ini.

Pelajar Pemulihan memenangi hadiah pertandingan mewarna

Murid pendidikan khas memberi cenderamata kepada semua guru






10 Ogos 2011

Lawatan ke Lost Word Of Tambun



LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LOST WORLD OF TAMBUN, IPOH



Lawatan sambil belajar di Tambon-Ipoh telah dijalankan pada 13 Julai 2011. Dalam program ini kami telah berkerjasama dengan Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Slim River.
Program ini berkisar mengenai penggabungjalinan dalam subjek Sains iaitu mengenal haiwan liar dan jinak

Antara aktiviti yang dijalankan di Lost World Of Tambun, Ipoh



17 Februari 2011

MUZIK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni xtahu nak nak tulis apa..tapi ada cerita..hahahha..ceritanya murid-murid istimewa ini menyanyi bersama2 dengan cikgu mereka yang paling sporting iaitu Cikgu Iswanti
Ikuti telatah mereka dalam video kip dibawah


16 Februari 2011

BACAAN NILAM 2011

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Pada tahun baru ini iaitu tahun 2011 kelas pendidikan khas telah membuat aktiviti Bacaan Nilam pada setiap hari jumaat bermula bulan Febuari 2011. Ini selaras dengan perkembangan dan kurikulum pendidikan khas menyasarkan kebolehan membaca buku kepada murid-murid pendidikan khas.

Pada kali pertama murid pendidikan khas berasa pelik kerana ini kali pertama mereka bercampur dengan murid aliran perdana pada Program Bacaan Nilam. Sebelum ini program ini di jalankan didalam kelas mereka sahaja dengan bantuan guru-guru pendidikan khas.

Dibawah ini ada gambar wajah-wajah ceria murid pendidikan khas semasa program ini berjalan.....