Pages

07 Oktober 2011

BERMAIN LAYANG-LAYANG

Salam ukhwah kepada semua pembaca yang setia mengikuti perkembangan PPKI, Sk Aminuddin Baki. Masih diberi kesempatan untuk kami berkongsi cerita dengan anda semua.

Pada 7 Oktober 2011, murid-murid diberi peluang untuk bermain layang-layang buatan sendiri.Yang diiringi oleh guru Pendidikan Jasmani dan dengan bantuan 2 orang pembantu pengurusan murid. Segala aktiviti dirancang dan dijalankan dengan jayanya. berikut antara entri yang dapat kami muat turunkan untuk tontonan anda semua.


murid-murid sedang beratur mengikut kumpulan masing-masing untuk beredar ke padang sekolah dengan layang-layang masing



sampai dipadang sekolah, guru membuat sedikit senaman memanaskan badan sebelum aktiviti dijalankan


murid-murid bersedia mendengar arahan dari guru...


Salah seorang murid sedang mencuba untuk menaikkan layang-layang yang dibuat nya itu....berjayakah??....


Murid sedang menggulung benang layang-layang yang telah diguna.....


03 Oktober 2011

Karnival Pendidikan Khas 2011


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.. Salam ukhwah dari warga Pendidikan Khas SK Aminuddin Baki, Slim River, Perak.

Pada 26 September 2011 sehingga 30 September 2011 yang lalu, telah diadakan Karnival Pendidikan Khas selama seminggu.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Pn. Mon Rashidah bt Sulaiman. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan mengenai kelas Pendidikan Khas kepada semua guru dan murid dari aliran perdana sekolah ini.

Sepanjang minggu tersebut pelbagai aktiviti yang menarik telah dijalankan. Di antaranya ialah ceramah trafik dari Pegawai Polis IPD Tg Malim dan pameran yang berkaitan dengan keselamatan jalan raya dan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang kelebihan upaya.

Guru Besar sedang mendaftar sebagai Rakan Cop

Murid diberi peluang naik motosikal Polis Trafik.

Selain itu, terdapat juga aktiviti sampingan yang lain seperti kuiz pagi, pertandingan mewarna, sukaneka, pameran dan jualan hasil kerja murid dengan tema "Membeli Sambil Menderma". Sambutan yang diberikan sangat menggalakkan.

Aktiviti memanaskan badan sebelum sukaneka dijalankan.

Pertandingan mereka pakaian daripada kertas surat khabar

Isi air dalam botol

Majlis penutup Karnival Pendidikan Khas diadakan pada hari Isnin, 3 Oktober 2011. Majlis penyampaian hadiah telah dijalankan pada hari tersebut. Murid-murid yang berjaya dalam acara yang dijalankan menerima hadiah mereka. Kelas Pendidikan Khas juga telah memberikan cenderamata kepada semua guru dan staf yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan minggu Pendidikan Khas ini.

Pelajar Pemulihan memenangi hadiah pertandingan mewarna

Murid pendidikan khas memberi cenderamata kepada semua guru