03 November 2011

KEM MOTIVASI DAN BIMBINGAN SAHSIAH 2011

Pada 02.11.2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SKAB telah menjalankan satu aktiviti yang melibatkan semua murid, guru dan PPM. Seramai 19 orang murid dan 7 orang guru serta 2 orang PPM yang hadir. Kehadiran murid-murid sangat membanggakan.
Aktiviti ini berlangsung dari jam 1.30 ptg hingga 5 ptg. Solat Zohor dan Asar dilakukan secara berjemaah yang diimamkan oleh Cikgu Firdaus.

Walaupun hari hujan, namun murid-murid masih bersemangat untuk mengikuti aktiviti ini. Kami amat terharu dengan kehadiran mereka.

Terdapat sedikit entri yang dapat kami kongsikan bersama pembaca sekalian....


Bimbingan mengenai bacaan niat solat


Guru menunjukcara kedudukan kaki apabila menggunakan sejadah


Murid mengambil wuduk dengan bimbingan guru

Solat Asar secara berjemaah di kelas





Keluarkan Pemformatan daripada pemilihan


Sekian sudah aktiviti Kem Motivasi dan Bimbingan Sahsiah 2011